Sunday 26 August 2012

kenangan lama hanya tinggal kenangan

Mengadap laptop sambil dengar lagu raya biarpun raya dah dekat seminggu dah.bosan sebenarnya. 
dah lama rasanya xupdate blog.facebook pon dah jarang bukak-bukak dah.orang lain sebok mengupdate pasal cerita-cerita time hari raya. yang fy mengupdate pasal bendaalah nie. ish3.. layankan jela kan. :/
sejak seminggu dua lepas. ex fy cari fy. kol-kol mesej bagai.hai.apalah kau nak lagi.-.-
xboleh ke nak tengok aku bahagia sikit.kau kata aku xder perasaan bila kau cakap itu ini. erm, nak wat macam mane. kau yang buat aku jadi camnie. dah tu.. kau bebel lah apa-apa pon. aku rasa macam masuk telinga kiri kuar telinga kanan jer. ntah la.susah betol nak faham dengan perasaan nie. 
dah hancur berkecai da.  
Walau sakit mana pon saya, saya tetap kena profesional.
Walau hati saya dah terluka, saya takkan biar ia terus terluka.
Walau lama mana pun saya mengenali awak, awak bukan siapa siapa pada saya.
Walau saya senyum melihat awak, hati saya tetap beku.
Walau saya diam seribu tahun,hati saya tetap takkan berubah.
Walau awak menangis air mata darah sekalipun, saya takkan berpaling lagi.
Walau sayang mana pon awak pada saya, ia takkan membuka pintu hati saya lagi.
saya x bencikan awak. tapi saya dah hilang sebab nak sayangkan awak balik.

#dan alhamdllah. saya dapat lelaki yang sepuluh kali lebih baik dari ape yang awk buat. !

Kenangan itu memang indah.Dan kenangan itu hanya akan berlaku sekali sahaja seumur hidup.Andai kata ia terjadi untuk kali ke dua kalinya, pasti ia tidak seindah kali pertama.
Percayalah, kenangan itu indah.
kenangan itu mengasyikan,
kenangan itu manis,
kenangan itu kekadang sukar difahami.
p/s: Redhakan lah kenangan itu berlalu pergi...Insya'Allah,masa akan menyembuhkan kita.
dan kita lakarkan kenangan yang lebih indah lepas ini<3


Thursday 9 August 2012

shabu-shabu....:D

Assalamualaikom, hai hai.. amacam puasa? :) masih ok? ok la kan.. pejam celik pejam celik..
dah nak abis dah puasa. dah masuk minggu ke-3 dah. Dan minggu depannyer dah  raya.. cepat kan!
rasa macam baru jer puasa..
semalam kami satu kelas pergi berbuka kat setiawan. pergi dengan cikgu. konvo la ramai-ramai. Nak dekat pukul 6.45 la kami sampai. ha, bila dah masuk tu. masing-masing pergi tengok makanan. lapar lettuw.dah terliur lettuw:D. makanan semua nya terhidang je kan. kat kedai nie, makan je seberapa banyak yang nak makan. semua makanan-makanan dia ok la. semua sedap-sedap. semua best-best. dan yang pasti ia sangat-sangat berbaloi la.. sekepala RM20.00. ada BBQ,steambt,ABC,ice-cream,buah-buahan,dll. haish. memang banyak la. dan yang pasti. fy dah rasa dah semua nye. hiu hiu hiu..~  bwerrrrkkkk... ops.! heee...nama kedai dia SHABU-SHABU.
ha, kalau yang pergi setiawan tu.. apa kata korang singgah la kat kedai nie. eh, promot plak aku nie:P.. ala, sekali sekala kan.. dari berbuka sampai la pukul 9. baru kami stop makan. lama tak? nak sumbat banyak-banyak terus memang xlarat la kan. tengok-tengok mau nye terkeluar balik. so, kami makan jap pastu berhenti jap. hehheheheh.bila masing-masing dah kenyang. pastu ada plak makanan yang tak abis. ha, cikgu ajak main satu permainan. main pusing-pusing chopstk tuuu... ha... sapa kena ini makan nyeXD cikgu suh makan apa yang tinggal lagi kat meja tuu. yela, membazir ITU kan amalan syaiton. so, yang dah nak pecah perut tu pun terpaksa la makan ... kalau terkeluar balik. xke naye. pastu ada pilihan plak. sapa xnak makan kena la jawab soalan. ada la soalan JENG JENG JENG..~ lepas semua kena. kami pown nak gerak balik dah. masing-masing dah penat kan. pastu ada plak yang ajak pergi karoke. erm, ape lagi. fy pon join jugak la..hehhehe. tengok jela mampu.. nak nyanyi.. haish.. kalau sore sedap xpela jugak:) 2buah kereta gerak balik. 2 lagi ke tempat karoke.~
ha, hamik. muka-muka yang suka melalak kat dalam kelas. bila dah jumpa microphone..
apa-apa pon sangat have fun. :)
moga banyak kenangan yang dapat dibuat lagi kat sini pasnie. <3

Sunday 22 July 2012

ramadhan yang tiba.....


Assalamualaikum and hi everyone! so how's your puasa so far? ok ke ko? hik hik hik.
siang-siang hari muka masing-masing lemau je. 
ha...! bila lepas azan maghrib. nampak x permainan di situ..
tapi bila perut dah kenyang. 
automatic,mata pon akan menjadi layu. 
hai. sampai bila nak layu nye tuuuu...
siang malam layu. :D

 hurmmm,sehari je dapat berbuka dengan family.:'/
semalam abg pon balik cuti sem. so,dah anak-anaknye ada, mak buat banyak menu semalam. O.0~ 
rasa macam nak duduk jer kat rumah tu..mak masak plak tu.. 
nyum nyum. lagi berselera la nampak nyer.. 
(memang xboleh nak diet lah camtuu kannn )
dah hari nie.. dan seterus seterusnya. pergi bazar jela mampu..
Jika Semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT lah penawarnya..
Jika Seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA dan TAUBAT lah ubatnya..
Jika Seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya..

#SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA...MOGA AMALAN TAHUN NIE LEBIH BANYAK DARI TAHUN TAHUN SEBELUMNYA..AMINNNNN..

Tuesday 3 July 2012

ohooooiii

Assalamualaikom.. lama rasanya tak update blog.. sejak mula semester baru nie. banyak benda nak kena buat.lagi-lagi semester akhir plak kan.. erm..bila dah serabut serabut nie.. mula lah.. ada je xkena.  harap di jauhkan la dari segala musibah.&  moga dipermudahkan segala urusan. amin~
kenapa dengan aku nie??
haha-.- apesal apesal? adoi. erm. disebab kan aku terasa dengan sikap kau. . malas nak tulislah.terima kasih la kat mak ayah aku nak dengar cerita aku. :) semakin hari aku rasa makin dekat dengan dorang. i love u i miss u.. <3 minggu depan tak de ape-ape halangan. nak balik rumah lagi....xsabar nya! :D.... rindu betol kat adik alia ngan faiz.
 cepat lah masa berlalu~

Saturday 16 June 2012

Fesyen dan Gaya Tudung untuk Perkahwinan


Senarai Semak Fesyen dan Gaya Tudung untuk Perkahwinan
Sekiranya anda seorang yang bertudung, anda pastinya tercari-cari gaya tudung yang terbaik untuk digayakan menjelang hari bahagia anda nanti. Gaya pengantin Muslimah tidak akan menghalang anda daripada kelihatan cantik menawan tatkala mengenakan tudung asalkan anda bijak memilih yang terbaik. Namun bukanlah mudah untuk mendapatkan yang terbaik. Yang penting, anda sanggup berusaha memenuhkan ilmu di dada untuk mendapatkan gaya yang terbaik.

TRENDY
Hari ini, jika anda perasan terlalu banyak fesyen dan gaya tudung yang semakin hangat digayakan oleh para gadis di luar sana. Sama ada material tudung yang digunakan daripada jenis lycra, bawal, turban dan sebagainya. Sebaik-baiknya, gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya untuk mencuba dan mempraktikkannya di majlis bersejarah anda nanti. Yang penting, pastikan anda kelihatan trendy agar tidak kelihatan lapuk dan ketinggalan zaman! Yang penting , jaga aurat anda.

CARI RUJUKAN
Sekiranya anda seorang yang benar-benar mementingkan gaya dan mahu kelihatan cantik menjelang hari bahagia nanti, pastikan anda mencari konsep dan gaya tudung yang terbaik dan sesuai untuk anda gayakan. Hari ini, gadis bertudung juga semakin bijak untuk tampil cantik bergaya menjelang hari bahagia. Seboleh-bolehnya, cari rujukan dalam majalah pengantin atau yang paling mudah “google’ sahaja!
                                                                   
                                                                     
CUBA SENDIRI GUNA KREATIVITI ANDA
Sebaik-baiknya anda mencuba sendiri dan membuat demonstrasi gaya pemakaian tudung pada diri anda mahupun sahabat baik anda. Cuba lakukan dengan kreatif dan ambil gambar untuk setiap langkah yang anda lakukan, Sekiranya ia kelihatan cantik, tidak salah rasanya anda mencuba untuk majlis bahagia anda nanti. Yang penting, anda kekal cantik menawan.



                                                                       SOPAN & MENUTUP AURAT
Walaupun anda bakal pengantin seorang yang bertudung, anda tidak seharusnya menjadikan ia sebagai alas an dan batasan untuk bergaya pada hari bersejarah nanti. Pastikan fesyen dan gaya tudung yang dipilih kelihatan sopan dan menutup aurat. Oleh itu, kebijaksanaan anda menggayakan dan memilih fesyen bertudung yang sesuai pastinya menjamin anda tampil anggun bak bidadari.


BERKOMUNIKASI DENGAN BAIK
Sekiranya anda mempunyai idea pemakaian tudung yang terbaik dan sesuai untuk anda gayakan nanti, jangan takut untuk menyuarakan hasrat anda itu. Pastikan jurusolek ataupun mak andam yang anda pilih benar-benar memahami kehendak anda itu. Anda juga boleh berganbung idea untuk menghasilkan gaya tudung yang cantik dan sesuai untuk wajah anda nanti.

CARI PEREKA FESYEN BERTUDUNG TERBAIK
Anda pasti ingin kelihatan cantik bukan. Sebaik-baiknya, carilah pereka fesyen bertudung yang benar-benar berpengalaman dan mampu memberikan sentuhan istimewa buat diri anda nanti. Yang penting, bajet yang diperuntukkan adalah mencukupi. Anda tidak perlu menggunakan khidmat pereka fesyen yang terlalu berpengaruh kerana kemungkinan besar bajet anda pula melebihi apa-apa yang dirancangkan. Cukuplah sekadar seorang yang benar-benar berpengalaman dan juga kreatif dalam menata rias gaya anda untuk hari bahagia nanti.







                                                                                                     
                                                                        PENDAPAT KELUARGA DAN SAHABAT
Sekiranya anda mempunyai idea yang kreatif untuk menggayakan gaya tudung anda nanti, sebaik-baiknya anda bertanyakan kepada insan yang terdekat dengan anda sama ada keluarga mahupun sahabat handai. Mereka pastinya tidak akan lokek memberikan idea dan cadangan yang terbaik demi melihat anda tampil cantik menawan menjelang hari bahagia nanti. Sekiranya gaya yang anda pilih disukai mereka dan anda sendiri, pastikan gaya itulah yang wajar menjadi pilihan anda untuk bergaya sebagai seorang pengantin yang cantik menawan serta menjaga auratnya.

Friday 15 June 2012

lai lai

selamat malam.! tak tido lagi? xreti-reti nak tidur ker? :) hurm, hari nie sorang-sorang jer berjaga. semua dah tidur. semalam fy tidur awal. yang lain berjaga. hai, sunyi sunyi.terima kasih la hai cik cengkerik dengan cik berdengkur sebab teman aku jer dari tadi..kerja dah bertimbun-timbun dah ..belum seminggu lagi. dah banyak kerja da..nie nak mengadu sikit. ~

Well semester nie. fy kena lah gigih sikit. kena berjimat cermat sikit. #$%!% ape la PTPTN .kau bagi kat aku seribu setengah jer?? mana cukup.. wuu T.T dah la sem akhir. banyak ooo nak guna duit.. nasib baik kerja masa cuti sem hari tu. tapi itu pun entah cukup ke tidak.. ish apa la aku nie. astaghfirullah... bersyukur la sikit... semester nie, fy cuba buat baju pengantin. bila buat reserch semua tu.. macam-macam gambar yang menarik fy jumpa. .<3





Wedding Dresses 2012 - European dresses for brides 2012
cantik.. <3. 
xmampu kita.:)
nite



Monday 11 June 2012

selamat datang sem baru..

Assalamualaikom. selamat petang. petang yang panas .panas sepanasnye..biasa lah..sri iskandar.. memang dimaklumkan dari awal.perak memang cuaca nye agak panas .dari putih boleh bertukar ke hitam..weeee... alhmdullah, lepas 4 sem dah,nak kata hitam tu.. xderla.. cuma berbelang-belang seperti kuda belang aje kesan nyer...:) hari nie bermulanya perjumpaan dengan lecturer..awal-awal dah datang lambat.he... xsabar rasa nya nak abiskan semester nie.. cepat lah masa berlalu... alhamdulillah, jadual untuk sem nie agak ringan. sem nie cuma ada 3subjek jer... tapi subjek yang berat-beratlah... semoga sem nie aku kuat untuk hadapinya. ~
cuti hari tu banyak habiskan masa dengan adik-adik..hurm... 
rindu dorang lah!bye

Tuesday 5 June 2012

kau cantik,tapi sayangnya,kau xtahan lama.sob sob sob

satu malam dua post,amacam. :) heee.. banyak benda sebenarnya nak diceritakan..
hurm, masa cuti tu, fy ada pergi cameron kejap.. dan ini lah yang fy dapat. bunga rose. 
macam-macam warna ada..suka gila yang warna merah.cantik sangat :D
ada warna biru, pink,kuning... geram nye lah bila tengok bunga-bunga nie semua.. tapi sayang nya.. 
kenape xtahan lama?? kenapa?kalau boleh, hari-hari nak tengok :( 
#selamat tinggal.biarpon kau cepat layu.moga cintanya sentiasa mekar selalu :) ily.
bubu k,bye


Monday 4 June 2012

cuti sekolah

Sampai sudah aku di rumah sekian lama berada di kampung. :P padahal xsampai seminggu pown fy balik kampung. heeee... kampung dekat kedah je. ha, kalau datang kedah, haloo haloo lah. lallalalala...
selalunya masa nak raya jer balik kampung. dah ayah dapat cuti kali nie. so, balik la kampung..
family fy balik awal dulu. baru la fy menyusur.biarpon tak lama dapat lepak-lepak kat kampung:(
yang sukanya,balik plak kena time musim durian. XD.. setiap hari dihidangkan dengan durian.
ai, cek kalau durian-durian nie...erm, nyumm, nyumm.... ada satu hari tu, fy,abah dengan mak pergi kebun. Dekat satu bakul jugak la bawak balik durian.semua masak pulak tu.. ape lagi. kenduri makan durian ler.hee..pastu dekat berape puluh kesan gigitan cinta dari NYAMUK!!! haish!  dorang pulak kendurikan aku yerk.. sakit lol.apa tak nya,fy kalau kena gigit nyamuk, di garunye sampai berdarah.. -.-
kulit tak tahan ler.. kasihani la aku wahai nyamuk-nyamuk sekalian. kau saje kan bagi lekat kesan kat aku...
masa cuti-cuti nie, banyak betol kenduri.
 hai, asyik pergi kenduri orang jer. bila nak kenduri sendiri plak ek.?
lallalalala~
jumaat lepas fy pergi kenduri akad nikah jiran fy yang kat pj.anak terunanya dapat calon orang kedah.wiwit..jauh nuh hang cari..hehehhehe...jauh tau rumah kenduri nie.dekat tikam batu.bukan batu tikam yerk..masa dalam kereta, apa lagi, kerja membuta jela.. huhuhu.. sampai-sampai tu. mula lah acara akad nikah.firstime tengok.he. terasa nak kawen la pulak. :D ops.! esoknye tu,fy dengan family dan keluarga pakjang pergi untuk kenduri kawen plak...
mak, mak,pandang la sini...
ha, yang mana satu alia?:)
muka dorang nie nak sama sikit tau kalau tengok. 
nie anak pakjang. 
perjalanan seterusnya. kita menuju ke pantai merdeka ^_^
sampai-sampai tu, abah ajak naik boat keliling pantai.
mulanya nak pergi tanjung dawai. tapi tak jadi pulak.
oi oi,senyum senyum 
disebabkan banyak makan angin,tu membelon je.. hehhehehhe
~baby dan aiman~
masa naik boat,ada orang tu nanges la...
hahaha. nampak je lasak, tapi.. ish,ish. :)
lepas tu,bermula la..fy xmandi pown.
 sebab orang ramai la pulak.pastu malas nak pergi tukar baju. :) 
so kami yang xmandi nie,pergi la jalan-jalan kat expo.

faiz suka betol dapat mandi air yut dia. he. aritu baru lepas mandi air jun .
(bahasa faiz)^__^

ok la, bye bye. :)

Friday 25 May 2012

guna jari pon bolehXD

Hai.. tak tidur lagi ker tuuuu? :) cam nie.. kita boleh ar geng. hehhehe. fy pown tak boleh tidur. kenapa eh? bukan time-time nie dah dibuai mimpi ker?? lallalalala...biasa la. kalau duduk rumah, ape je la nak buat sangat kalau berjaga malam-malam kan. nak kata ada suami, kawen pown blom lagi.. ops..! heeee.... kalau la dekat tempat belajar. haish, jangan kata kan nak tidur, tidur pon kena berkira-kira jugak. kalau terlebih tidur. rasa nak menangis je..bak kata * MASA ITU EMAS*.
ecece. nak kata rajin buat asigment la nie kan.
#padahal,buat kerja last minit. 


HAh.! disebab kan ada orang tu la kan kan. puji rambut kita lawa kan..
terima kasih la kepada orang tuuuu.... heeeeeee..
(eleh,senyum-senyum pulak, tahu la tengah baca kan. 
Nie blog kita tau, so sukahati kita la nak tulis apa XD )

fy nak kongsi kan serba sedikit tentang penjagaan rambut. Semua orang nak rambut dia cantik kan, tapi kalau cantik, rambut tak sihat. tak elok jugak. rambut nie kena sentiasa dijaga, di belai-belai..fy tak der la tahu sangat. tapi dari sumber yang fy baca,dari kawan-kawan,dan dari apa yang dibuat..:)

Cara yang paling senang untuk menjaga rambut:

*Gunakan jenis syampu yang sesuai untuk jenis rambut anda.
*Urut dengan lembut apabila mencuci rambut anda, jangan menggosoknya.
*Jagalah rambut anda dengan baik. Jangan mengeritingkan, menyah-warnakan, meniupkeringkan,    meluruskan atau mewarnakan rambut anda terlalu banyak.
*Jagalah rambut anda daripada terlalu banyak sinaran matahari atau air klorin.
*Makan dengan sihat, bersenam selalu dan jangan merokok atau minum alkohol.
*Jika anda mengalami masalah rambut, seperti keguguran rambut, pergilah berjumpa doktor untuk merawatinya.

Secara amnya, pertumbuhan rambut normal di antara 0.2 milimeter sehingga 0.3 milimeter sehari. Pertumbuhan rambut mengalami beberapa tahap iaitu tahap pertumbuhan, tahap rehat iaitu beberapa bulan dan keguguran mengambil masa 100 hari.
Waktu rambut kekal di kepala boleh mencapai dua setengah tahun manakala rambut gugur sebanyak 40 sehingga 100 helai sehari, tetapi ini dikira masih normal. Apabila keguguran melebihi 100 helai sehari, anda harus melakukan sesuatu pada rambut anda.

fy lebih suka guna pantene botol dia warna purple .
"untuk membantu memperbaiki rambut rosak". 
dua benda je fy guna. syampoo dengan conditioner. bila dah mandi, dah syampoo-syampoo.. hasilnya. haish, jangan kata la.. lembut nye.. pastu dengan wangi nye.. :D
cuba la....
hai pantene. aku promote kau nie.. xder bagi pape ker? heee

Bertudung Bukan Satu Alasan dan Bukan Halangan.

Yang menjadi masalah utama rambut mereka yang bertudung..



Berikut antara masalah utama rambut mereka yang sering terjadi pada wanita yang bertudung:
#Rambut Berbau
#Rambut Mudah Gugur
#Kulit Kepala Berminyak
#Hujung Rambut Berbuah
#Berkelimumur
okie, bagi yang bertudung plak kan. mesti leceh kan. kalau rambut tengah basah-basah. pastu dililit-lilit plak dengan tudung. pastu mula la, tergaru-garu. kepala ada kutu ke apa?? he. tu la. sapa suruh basah kan rambut kalau dah tahu nak keluar ke ape kan. selalu nya, orang akan menggunakan penggering rambut untuk cepat kan prosses pengerian. KORANG tahu tak, kalau asyik guna alat tu, rambut tu nanti akan lebih rosak.Akan kelihatan kering dan kusam. tak elok tau. kalau rasa nak basah kan rambut tu, nak bagi cepat kering. ambil sikat,ambil kain. sikat pelahan-lahan.lepas tu lap. :) sambil makan angin .
( duduk depan kipas lerr ape lagi ^__^)
sekali sekala, pergi la salon..:)
kalau yang malas sangat nak jaga rambut tu, senang je.. botak je terus.. save duit sikit. xyah beli syampoo. stail kan buat rambut camnie. cuba buat. gerenti ramai yang ikot. :)
bye bye. selamat malam. <3 <3

Tuesday 22 May 2012

yogurt.


Assalamualaikom.haiiii.hari nie fy nak kongsikan pasal khasiat yogurt. Nampak tak fy update pasal makan. memang! fy memang suka makan.. hiu3. kalau boleh setiap masa nak makan tau.TAPI risau plak jadi teletubbies encik M. :D  takmo takmo takmo.. hidup cuma sekali kan..?
so apa salah nya makan..muhaha! Tak ramai yang suka yogurt kan.. sebab yogurt nie seperti memakan susu masam. eee yek yek.. :) tapi bagi permulaan jer. Bila dah biasa makan, rasa masam itu akan menjadi sedap ouh. Cubalah amalkan yogurt setiap hari. sedap..! cuti sem nie fy asyik makan jer.. kat rumah kumpul lemak , kat kolej kumpul ilmu .kan? kan? Mwahaha!
Tidak ramai yang tahu bahawa badan manusia memerlukan bakteria untuk kesihatan saluran pencernaan. Ramai juga yang maklum dengan fakta ini dan kerana itu, mereka mengamalkan makan atau minum minuman yogurt yang terdapat bakteria baik untuk mengekalkan kesihatan. Yogurt dapat membantu memberi keseimbangan dalam kitaran usus manusia atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem imunisasi (ketahanan) badan.
Asas yogurt adalah susu dan amalan makan atau minum yogurt membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium. Kita nilai kebaikan yogurt kepada tubuh badan dengan fakta di bawah:
1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik ialah bakteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus dengan mengubah mikrofora pencernaan.  Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap infeksi H. pylori.
2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali langsing yakni bentuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.
3. Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.
4. Mencegah jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil  yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan pH serta pengurangan infeksi candida.
5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosisAntara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.
6. Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.
7. Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.
Dipetik dari: Sumber
fy sendiri pown dah suka makan yogurt.. hari-hari beli.. nyum-nyum.. sedap..
#teringat masa dengan yana. Dia selalu beli yogurt.kadang sampai dua tiga. fy tak teringin pown masa tu.. sebab xsedap.. masam..ngeeee~ geli tekak rasanya nak makan.. tapi entah cane. suka pulak...Hari tu la.. saje nak cuba-cuba makan lagi.. pastu dah selalu pulak membeli nye XD kalau pergi mana-mana. mesti nak beli.. 
suka sangat yogurt Liteyo. perasa stwberi <3 <3 lalalallalala~
kat dalam dia ada buah 
ada macam-macam perisa:)
 air dia pown best.. sedap.. tapi agak manis.. 
kena tambah air sikit.. xsuka manis-manis sangat...
hai kalau lah kau murah, aku rasa, aku selalu je pergi makan kau tau! XD
bye~


Monday 14 May 2012

happy mother's day..

hey hey dan hey..!! tahu x korang hari nie hari apa????? Hari nie merupakan hari ibu . tapi kenapa hari nie?  kenapa xhari-hari lain?? kan....... "
huaa!! penat betol rasa nya hari nie.. dah la kerja full.. costumer ramai la pulak.. 
nak dekat 50 jugak la kek kena jual hari nie. mau nye penat lah penat.Tapi kenapa x tumbang-tumbang lagi nie? hehhehe.... ayokk.. esok xbangun baru tahu..... :)
seronok tengok dorang beli kek untuk mak dorang.. macam-macam gelagat ade.. co comil laa :)
*beli kek sempena hari ibu dapat free gift dari kami^____^

*hai, nak bagi kek rasa nya mak dah muak dah. hari-hari ada je kek kena rembat dari kedai bawak balik.. ngeee~




M-O-T-H-E-R

"M" is for the million things she gave me,
"O" means only that she's growing old,
"T" is for the tears she shed to save me,
"H" is for her heart of purest gold;
"E" is for her eyes, with love-light shining,
"R" means right, and right she'll always be,
Put them all together, they spell "MOTHER,"
A word that means the world to me.

Selamat hari ibu diucapkan kepada semua ibu-ibu diseluruh Malaysia, semoga semuanya berbahagia bersama dengan anak-anak yang tersayang.
Di Malaysia, sambutan Hari Ibu ialah pada hari Ahad minggu ke-2 pada bulan Mei tiap-tiap tahun. Lepas ini, giliran untuk para bapa pula menyambut hari mereka.
Antara Hari Ibu dan Hari Bapa, kita lebih menonjol dengan Hari Ibu kan.:) mungkin kerana peranan Ibu yang lebih terhadap anak-anak mereka berbanding dengan Bapa. Ibu lebih menumpukan kasih sayang kepada anak-anak dengan tidak terhingga. Walaupun begitu, peranan yang dimainkan oleh Bapa tidak boleh diabaikan begitu sahaja, sebab itulah ada juga giliran untuk Hari Bapa.atotototo.....

#Mungkin boleh kita kaitkan Ibu dengan nilai kasih sayang, manakala dengan Bapa pula dikaitkan dengan nilai jati diri, tanpa kedua-duanya sudah pasti kita tidak akan lengkap didunia ini kan.....

Sekian.

Wednesday 9 May 2012

lesen oo lesen..

Pagi yang indah.. hari nie cuti. ingat nak tidur puas-puas. tapi apa kan daya.. kena bangun awal jugak.. T.T
ayah ajak g hidup kan lesen .lesen pon mati eh?:P
pagi-pagi plak tu kena pergi..sebab ayah nak pergi kerja plak pasnie.. xsampai 5minit pon buat nya.. ape tak nye.. dah datang awal kan. rasanya, orang pertama kot. hua hua hua.....eh, x. x,kawan ayah orang first dulu kena panggil.. pastu baru lah ..1018.. :)
tumpang lalu~ 
:)

^_^ha,Lesen memandu nie kan merupakan dokumen rasmi yang memberi kebenaran kepada seseorang individu untuk mengendalikan sesebuah kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori atau bas. Peraturan pelesenan pemandu adalah berbeza mengikut negara; ada negara yang mewajibkan pemandu untuk lulus ujian memandu sebelum lesen dikeluarkan manakala ada juga negara yang memerlukan pemandu mendapatkan lesen sebelum mula memandu. Terdapat beberapa kelas lesen memandu yang berbeza mengikut jenis kenderaan. Tahap kesukaran ujian memandu juga adalah berbeza mengikut tahap penguatkuasaan serta beberapa faktor lain seperti umur serta keperluan tahap dan tempoh latihan.

INFO: Bermulanya dari 21 November 2011, orang ramai boleh memperbaharui lesen memandu mereka mengikut tarikh lahir. Dengan itu, tarikh tamat tempoh lesen memandu seseorang itu akan sama dengan tarikh lahir masing-masing. Ini akan memudahkan pemandu untuk memperbaharui lesen memandu mereka.

Kelas
Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-
A - Kenderaan orang cacat
B - Motosikal melebihi 500 cc
B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
C - Motosikal roda tiga
D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg
E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg

dan sekarang fy hanya ada:B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc   -.-"
hai, bila la aku nak amik lesen kereta plak nie... ?? 

#ayah bising betol bawak motor xder lesen. hari tu asyik kena bebel je.. :P
rilex la bah.. hheheheh
p/s : yang setia dok singgah blog ni, kamsahamnida (Thanks) !

Monday 7 May 2012

ketemu lagi dan lagi ..wiwink

Assalamualaikom.. selamat pagi .. salam satu malaysia.. hikhik.. hari tuuu kan hari tuuu kan... kita jumpa makcik Z kita lah...waaa. da lama tak jumpa.. mulanya plan dengan yang lain. plan punya plan. sekali diorang plak xdapat turun.. dan makcik kita yang sorang nie plak nak ikot.. ingat kan dia xcuti lagi.. 
ha, pe lagi.. !!!  ^___^
fy dengan il jemput dia kat KL CENTRAL. first tengok.. amboi mokcik.. 
*makin bergaya nuh.. :) dan awok dah makin kurus.. kalah kami.. 
kami plak yang makin menembun.. :P
lepas tu kami g ke jalan tar.. mulanya nak shopping... tapi di sebabkan nak hujan.. kami pown balik..
*tapi sempat beli baju kemeja yang sama.. empat2 orang beli sama. termasuk adeq Z sekali.:)
dan sempat lagi makan MCD.. haish, xabis2 MCD kalau ada mokcik kita yang lagi sorang tuuuu.. 
*sape lagi kalau bukan mokcik IL:)
lepas hantar adeq Z balik. kitorang pown balik...... sebelom balik, singgah alam kejap. ingat kan nak tengok wayang.. tapi xsempat plak.. petang karang mokcik IL kena masuk kerja.jalan punya jalan. sekali ada orang tegor,.. heee..
* tolong hantar balik boleh? 
malam nye tuuu, lepas amik IL dari kerja, wan kata abang bagi amik kek. so, bawak la satu kek nie..
biasa la, kalau bab conteng-conteng kek nie.. :)
happy birthday to you.. happy birthday to you... happy birthday to ............???
^__^
esoknye tuuu.. lepas balik kerja. fy dengan IL bawak mokcik Z nie jalan-jalan.. 
thankz kat Yat sebab bawakkan kitorang jalan-jalan.. 
eh mokcik.. over kau eh.. hehheheheh... :D




ape yang kitorang sembang kan pown ntah... heeeeeeee.........
biasa la, kalau dah ada mokcik kita yang sorang nie... hehheheheh... ade je dia nie..

lepak lah sampai matahari terbenam.. 
ok perjalan seterus nye.. kita menuju kerr.....
lepas yat dah hantar kami balik.. kitorang nak g makan jap..  perkena tomyam kaw-kaw....yang selalu fy makan dengan IL. :)  menangis-nangis mokcik Z makan bihun tomyamm.. pedas ye kak? :P
lepas makan tu.. 
boleh plak singgah perkena tutti fruiti plak.. nyum nyum
*padahal dah kenyang sangat dah.. tapi apakan daya.. :)
mokcik.. sedih awok dah balik.. kejap je awok datang..:'(
esok nye tuu.. fy dengan IL amik shif petang. pagi tuu g hantar Z kat putra central.. bye-bye awok.. nanti kita ketemu lagi yer.....
*2 malam pasang movie. 2 malam tu jugak fy tertidur.. heeee.. sian awok Z layan sorang-sorang.. :P
bye~