Saturday 16 June 2012

Fesyen dan Gaya Tudung untuk Perkahwinan


Senarai Semak Fesyen dan Gaya Tudung untuk Perkahwinan
Sekiranya anda seorang yang bertudung, anda pastinya tercari-cari gaya tudung yang terbaik untuk digayakan menjelang hari bahagia anda nanti. Gaya pengantin Muslimah tidak akan menghalang anda daripada kelihatan cantik menawan tatkala mengenakan tudung asalkan anda bijak memilih yang terbaik. Namun bukanlah mudah untuk mendapatkan yang terbaik. Yang penting, anda sanggup berusaha memenuhkan ilmu di dada untuk mendapatkan gaya yang terbaik.

TRENDY
Hari ini, jika anda perasan terlalu banyak fesyen dan gaya tudung yang semakin hangat digayakan oleh para gadis di luar sana. Sama ada material tudung yang digunakan daripada jenis lycra, bawal, turban dan sebagainya. Sebaik-baiknya, gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya untuk mencuba dan mempraktikkannya di majlis bersejarah anda nanti. Yang penting, pastikan anda kelihatan trendy agar tidak kelihatan lapuk dan ketinggalan zaman! Yang penting , jaga aurat anda.

CARI RUJUKAN
Sekiranya anda seorang yang benar-benar mementingkan gaya dan mahu kelihatan cantik menjelang hari bahagia nanti, pastikan anda mencari konsep dan gaya tudung yang terbaik dan sesuai untuk anda gayakan. Hari ini, gadis bertudung juga semakin bijak untuk tampil cantik bergaya menjelang hari bahagia. Seboleh-bolehnya, cari rujukan dalam majalah pengantin atau yang paling mudah “google’ sahaja!
                                                                   
                                                                     
CUBA SENDIRI GUNA KREATIVITI ANDA
Sebaik-baiknya anda mencuba sendiri dan membuat demonstrasi gaya pemakaian tudung pada diri anda mahupun sahabat baik anda. Cuba lakukan dengan kreatif dan ambil gambar untuk setiap langkah yang anda lakukan, Sekiranya ia kelihatan cantik, tidak salah rasanya anda mencuba untuk majlis bahagia anda nanti. Yang penting, anda kekal cantik menawan.



                                                                       SOPAN & MENUTUP AURAT
Walaupun anda bakal pengantin seorang yang bertudung, anda tidak seharusnya menjadikan ia sebagai alas an dan batasan untuk bergaya pada hari bersejarah nanti. Pastikan fesyen dan gaya tudung yang dipilih kelihatan sopan dan menutup aurat. Oleh itu, kebijaksanaan anda menggayakan dan memilih fesyen bertudung yang sesuai pastinya menjamin anda tampil anggun bak bidadari.


BERKOMUNIKASI DENGAN BAIK
Sekiranya anda mempunyai idea pemakaian tudung yang terbaik dan sesuai untuk anda gayakan nanti, jangan takut untuk menyuarakan hasrat anda itu. Pastikan jurusolek ataupun mak andam yang anda pilih benar-benar memahami kehendak anda itu. Anda juga boleh berganbung idea untuk menghasilkan gaya tudung yang cantik dan sesuai untuk wajah anda nanti.

CARI PEREKA FESYEN BERTUDUNG TERBAIK
Anda pasti ingin kelihatan cantik bukan. Sebaik-baiknya, carilah pereka fesyen bertudung yang benar-benar berpengalaman dan mampu memberikan sentuhan istimewa buat diri anda nanti. Yang penting, bajet yang diperuntukkan adalah mencukupi. Anda tidak perlu menggunakan khidmat pereka fesyen yang terlalu berpengaruh kerana kemungkinan besar bajet anda pula melebihi apa-apa yang dirancangkan. Cukuplah sekadar seorang yang benar-benar berpengalaman dan juga kreatif dalam menata rias gaya anda untuk hari bahagia nanti.







                                                                                                     
                                                                        PENDAPAT KELUARGA DAN SAHABAT
Sekiranya anda mempunyai idea yang kreatif untuk menggayakan gaya tudung anda nanti, sebaik-baiknya anda bertanyakan kepada insan yang terdekat dengan anda sama ada keluarga mahupun sahabat handai. Mereka pastinya tidak akan lokek memberikan idea dan cadangan yang terbaik demi melihat anda tampil cantik menawan menjelang hari bahagia nanti. Sekiranya gaya yang anda pilih disukai mereka dan anda sendiri, pastikan gaya itulah yang wajar menjadi pilihan anda untuk bergaya sebagai seorang pengantin yang cantik menawan serta menjaga auratnya.

No comments: