Friday 25 May 2012

guna jari pon bolehXD

Hai.. tak tidur lagi ker tuuuu? :) cam nie.. kita boleh ar geng. hehhehe. fy pown tak boleh tidur. kenapa eh? bukan time-time nie dah dibuai mimpi ker?? lallalalala...biasa la. kalau duduk rumah, ape je la nak buat sangat kalau berjaga malam-malam kan. nak kata ada suami, kawen pown blom lagi.. ops..! heeee.... kalau la dekat tempat belajar. haish, jangan kata kan nak tidur, tidur pon kena berkira-kira jugak. kalau terlebih tidur. rasa nak menangis je..bak kata * MASA ITU EMAS*.
ecece. nak kata rajin buat asigment la nie kan.
#padahal,buat kerja last minit. 


HAh.! disebab kan ada orang tu la kan kan. puji rambut kita lawa kan..
terima kasih la kepada orang tuuuu.... heeeeeee..
(eleh,senyum-senyum pulak, tahu la tengah baca kan. 
Nie blog kita tau, so sukahati kita la nak tulis apa XD )

fy nak kongsi kan serba sedikit tentang penjagaan rambut. Semua orang nak rambut dia cantik kan, tapi kalau cantik, rambut tak sihat. tak elok jugak. rambut nie kena sentiasa dijaga, di belai-belai..fy tak der la tahu sangat. tapi dari sumber yang fy baca,dari kawan-kawan,dan dari apa yang dibuat..:)

Cara yang paling senang untuk menjaga rambut:

*Gunakan jenis syampu yang sesuai untuk jenis rambut anda.
*Urut dengan lembut apabila mencuci rambut anda, jangan menggosoknya.
*Jagalah rambut anda dengan baik. Jangan mengeritingkan, menyah-warnakan, meniupkeringkan,    meluruskan atau mewarnakan rambut anda terlalu banyak.
*Jagalah rambut anda daripada terlalu banyak sinaran matahari atau air klorin.
*Makan dengan sihat, bersenam selalu dan jangan merokok atau minum alkohol.
*Jika anda mengalami masalah rambut, seperti keguguran rambut, pergilah berjumpa doktor untuk merawatinya.

Secara amnya, pertumbuhan rambut normal di antara 0.2 milimeter sehingga 0.3 milimeter sehari. Pertumbuhan rambut mengalami beberapa tahap iaitu tahap pertumbuhan, tahap rehat iaitu beberapa bulan dan keguguran mengambil masa 100 hari.
Waktu rambut kekal di kepala boleh mencapai dua setengah tahun manakala rambut gugur sebanyak 40 sehingga 100 helai sehari, tetapi ini dikira masih normal. Apabila keguguran melebihi 100 helai sehari, anda harus melakukan sesuatu pada rambut anda.

fy lebih suka guna pantene botol dia warna purple .
"untuk membantu memperbaiki rambut rosak". 
dua benda je fy guna. syampoo dengan conditioner. bila dah mandi, dah syampoo-syampoo.. hasilnya. haish, jangan kata la.. lembut nye.. pastu dengan wangi nye.. :D
cuba la....
hai pantene. aku promote kau nie.. xder bagi pape ker? heee

Bertudung Bukan Satu Alasan dan Bukan Halangan.

Yang menjadi masalah utama rambut mereka yang bertudung..



Berikut antara masalah utama rambut mereka yang sering terjadi pada wanita yang bertudung:
#Rambut Berbau
#Rambut Mudah Gugur
#Kulit Kepala Berminyak
#Hujung Rambut Berbuah
#Berkelimumur
okie, bagi yang bertudung plak kan. mesti leceh kan. kalau rambut tengah basah-basah. pastu dililit-lilit plak dengan tudung. pastu mula la, tergaru-garu. kepala ada kutu ke apa?? he. tu la. sapa suruh basah kan rambut kalau dah tahu nak keluar ke ape kan. selalu nya, orang akan menggunakan penggering rambut untuk cepat kan prosses pengerian. KORANG tahu tak, kalau asyik guna alat tu, rambut tu nanti akan lebih rosak.Akan kelihatan kering dan kusam. tak elok tau. kalau rasa nak basah kan rambut tu, nak bagi cepat kering. ambil sikat,ambil kain. sikat pelahan-lahan.lepas tu lap. :) sambil makan angin .
( duduk depan kipas lerr ape lagi ^__^)
sekali sekala, pergi la salon..:)
kalau yang malas sangat nak jaga rambut tu, senang je.. botak je terus.. save duit sikit. xyah beli syampoo. stail kan buat rambut camnie. cuba buat. gerenti ramai yang ikot. :)
bye bye. selamat malam. <3 <3

Tuesday 22 May 2012

yogurt.


Assalamualaikom.haiiii.hari nie fy nak kongsikan pasal khasiat yogurt. Nampak tak fy update pasal makan. memang! fy memang suka makan.. hiu3. kalau boleh setiap masa nak makan tau.TAPI risau plak jadi teletubbies encik M. :D  takmo takmo takmo.. hidup cuma sekali kan..?
so apa salah nya makan..muhaha! Tak ramai yang suka yogurt kan.. sebab yogurt nie seperti memakan susu masam. eee yek yek.. :) tapi bagi permulaan jer. Bila dah biasa makan, rasa masam itu akan menjadi sedap ouh. Cubalah amalkan yogurt setiap hari. sedap..! cuti sem nie fy asyik makan jer.. kat rumah kumpul lemak , kat kolej kumpul ilmu .kan? kan? Mwahaha!
Tidak ramai yang tahu bahawa badan manusia memerlukan bakteria untuk kesihatan saluran pencernaan. Ramai juga yang maklum dengan fakta ini dan kerana itu, mereka mengamalkan makan atau minum minuman yogurt yang terdapat bakteria baik untuk mengekalkan kesihatan. Yogurt dapat membantu memberi keseimbangan dalam kitaran usus manusia atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem imunisasi (ketahanan) badan.
Asas yogurt adalah susu dan amalan makan atau minum yogurt membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium. Kita nilai kebaikan yogurt kepada tubuh badan dengan fakta di bawah:
1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik ialah bakteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus dengan mengubah mikrofora pencernaan.  Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap infeksi H. pylori.
2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali langsing yakni bentuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.
3. Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.
4. Mencegah jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil  yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan pH serta pengurangan infeksi candida.
5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosisAntara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.
6. Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.
7. Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.
Dipetik dari: Sumber
fy sendiri pown dah suka makan yogurt.. hari-hari beli.. nyum-nyum.. sedap..
#teringat masa dengan yana. Dia selalu beli yogurt.kadang sampai dua tiga. fy tak teringin pown masa tu.. sebab xsedap.. masam..ngeeee~ geli tekak rasanya nak makan.. tapi entah cane. suka pulak...Hari tu la.. saje nak cuba-cuba makan lagi.. pastu dah selalu pulak membeli nye XD kalau pergi mana-mana. mesti nak beli.. 
suka sangat yogurt Liteyo. perasa stwberi <3 <3 lalalallalala~
kat dalam dia ada buah 
ada macam-macam perisa:)
 air dia pown best.. sedap.. tapi agak manis.. 
kena tambah air sikit.. xsuka manis-manis sangat...
hai kalau lah kau murah, aku rasa, aku selalu je pergi makan kau tau! XD
bye~


Monday 14 May 2012

happy mother's day..

hey hey dan hey..!! tahu x korang hari nie hari apa????? Hari nie merupakan hari ibu . tapi kenapa hari nie?  kenapa xhari-hari lain?? kan....... "
huaa!! penat betol rasa nya hari nie.. dah la kerja full.. costumer ramai la pulak.. 
nak dekat 50 jugak la kek kena jual hari nie. mau nye penat lah penat.Tapi kenapa x tumbang-tumbang lagi nie? hehhehe.... ayokk.. esok xbangun baru tahu..... :)
seronok tengok dorang beli kek untuk mak dorang.. macam-macam gelagat ade.. co comil laa :)
*beli kek sempena hari ibu dapat free gift dari kami^____^

*hai, nak bagi kek rasa nya mak dah muak dah. hari-hari ada je kek kena rembat dari kedai bawak balik.. ngeee~




M-O-T-H-E-R

"M" is for the million things she gave me,
"O" means only that she's growing old,
"T" is for the tears she shed to save me,
"H" is for her heart of purest gold;
"E" is for her eyes, with love-light shining,
"R" means right, and right she'll always be,
Put them all together, they spell "MOTHER,"
A word that means the world to me.

Selamat hari ibu diucapkan kepada semua ibu-ibu diseluruh Malaysia, semoga semuanya berbahagia bersama dengan anak-anak yang tersayang.
Di Malaysia, sambutan Hari Ibu ialah pada hari Ahad minggu ke-2 pada bulan Mei tiap-tiap tahun. Lepas ini, giliran untuk para bapa pula menyambut hari mereka.
Antara Hari Ibu dan Hari Bapa, kita lebih menonjol dengan Hari Ibu kan.:) mungkin kerana peranan Ibu yang lebih terhadap anak-anak mereka berbanding dengan Bapa. Ibu lebih menumpukan kasih sayang kepada anak-anak dengan tidak terhingga. Walaupun begitu, peranan yang dimainkan oleh Bapa tidak boleh diabaikan begitu sahaja, sebab itulah ada juga giliran untuk Hari Bapa.atotototo.....

#Mungkin boleh kita kaitkan Ibu dengan nilai kasih sayang, manakala dengan Bapa pula dikaitkan dengan nilai jati diri, tanpa kedua-duanya sudah pasti kita tidak akan lengkap didunia ini kan.....

Sekian.

Wednesday 9 May 2012

lesen oo lesen..

Pagi yang indah.. hari nie cuti. ingat nak tidur puas-puas. tapi apa kan daya.. kena bangun awal jugak.. T.T
ayah ajak g hidup kan lesen .lesen pon mati eh?:P
pagi-pagi plak tu kena pergi..sebab ayah nak pergi kerja plak pasnie.. xsampai 5minit pon buat nya.. ape tak nye.. dah datang awal kan. rasanya, orang pertama kot. hua hua hua.....eh, x. x,kawan ayah orang first dulu kena panggil.. pastu baru lah ..1018.. :)
tumpang lalu~ 
:)

^_^ha,Lesen memandu nie kan merupakan dokumen rasmi yang memberi kebenaran kepada seseorang individu untuk mengendalikan sesebuah kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori atau bas. Peraturan pelesenan pemandu adalah berbeza mengikut negara; ada negara yang mewajibkan pemandu untuk lulus ujian memandu sebelum lesen dikeluarkan manakala ada juga negara yang memerlukan pemandu mendapatkan lesen sebelum mula memandu. Terdapat beberapa kelas lesen memandu yang berbeza mengikut jenis kenderaan. Tahap kesukaran ujian memandu juga adalah berbeza mengikut tahap penguatkuasaan serta beberapa faktor lain seperti umur serta keperluan tahap dan tempoh latihan.

INFO: Bermulanya dari 21 November 2011, orang ramai boleh memperbaharui lesen memandu mereka mengikut tarikh lahir. Dengan itu, tarikh tamat tempoh lesen memandu seseorang itu akan sama dengan tarikh lahir masing-masing. Ini akan memudahkan pemandu untuk memperbaharui lesen memandu mereka.

Kelas
Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-
A - Kenderaan orang cacat
B - Motosikal melebihi 500 cc
B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
C - Motosikal roda tiga
D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg
E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg

dan sekarang fy hanya ada:B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc   -.-"
hai, bila la aku nak amik lesen kereta plak nie... ?? 

#ayah bising betol bawak motor xder lesen. hari tu asyik kena bebel je.. :P
rilex la bah.. hheheheh
p/s : yang setia dok singgah blog ni, kamsahamnida (Thanks) !

Monday 7 May 2012

ketemu lagi dan lagi ..wiwink

Assalamualaikom.. selamat pagi .. salam satu malaysia.. hikhik.. hari tuuu kan hari tuuu kan... kita jumpa makcik Z kita lah...waaa. da lama tak jumpa.. mulanya plan dengan yang lain. plan punya plan. sekali diorang plak xdapat turun.. dan makcik kita yang sorang nie plak nak ikot.. ingat kan dia xcuti lagi.. 
ha, pe lagi.. !!!  ^___^
fy dengan il jemput dia kat KL CENTRAL. first tengok.. amboi mokcik.. 
*makin bergaya nuh.. :) dan awok dah makin kurus.. kalah kami.. 
kami plak yang makin menembun.. :P
lepas tu kami g ke jalan tar.. mulanya nak shopping... tapi di sebabkan nak hujan.. kami pown balik..
*tapi sempat beli baju kemeja yang sama.. empat2 orang beli sama. termasuk adeq Z sekali.:)
dan sempat lagi makan MCD.. haish, xabis2 MCD kalau ada mokcik kita yang lagi sorang tuuuu.. 
*sape lagi kalau bukan mokcik IL:)
lepas hantar adeq Z balik. kitorang pown balik...... sebelom balik, singgah alam kejap. ingat kan nak tengok wayang.. tapi xsempat plak.. petang karang mokcik IL kena masuk kerja.jalan punya jalan. sekali ada orang tegor,.. heee..
* tolong hantar balik boleh? 
malam nye tuuu, lepas amik IL dari kerja, wan kata abang bagi amik kek. so, bawak la satu kek nie..
biasa la, kalau bab conteng-conteng kek nie.. :)
happy birthday to you.. happy birthday to you... happy birthday to ............???
^__^
esoknye tuuu.. lepas balik kerja. fy dengan IL bawak mokcik Z nie jalan-jalan.. 
thankz kat Yat sebab bawakkan kitorang jalan-jalan.. 
eh mokcik.. over kau eh.. hehheheheh... :D




ape yang kitorang sembang kan pown ntah... heeeeeeee.........
biasa la, kalau dah ada mokcik kita yang sorang nie... hehheheheh... ade je dia nie..

lepak lah sampai matahari terbenam.. 
ok perjalan seterus nye.. kita menuju kerr.....
lepas yat dah hantar kami balik.. kitorang nak g makan jap..  perkena tomyam kaw-kaw....yang selalu fy makan dengan IL. :)  menangis-nangis mokcik Z makan bihun tomyamm.. pedas ye kak? :P
lepas makan tu.. 
boleh plak singgah perkena tutti fruiti plak.. nyum nyum
*padahal dah kenyang sangat dah.. tapi apakan daya.. :)
mokcik.. sedih awok dah balik.. kejap je awok datang..:'(
esok nye tuu.. fy dengan IL amik shif petang. pagi tuu g hantar Z kat putra central.. bye-bye awok.. nanti kita ketemu lagi yer.....
*2 malam pasang movie. 2 malam tu jugak fy tertidur.. heeee.. sian awok Z layan sorang-sorang.. :P
bye~

lalallalalalalallala

Assalamualaikom, kesegaran terasa pabila baru lepas mandi.. sejuk sejuk..! 
waaa.. penatnyerrr... hari nie masuk kerja dari pagi sampai ke malam. nasib baik abang pergi KL. boleh la buat suka-suka hati sikit tadi. ^_^ kalau tak... ade je kena buat tu ini... -.-
Biasa nya,time-time macam nie. fy dah tumbang dah.. mengantok nye lain macam. padahal xder la buat kerja banyak sangat.. ade masanye jerr..kesian orang tuuu.. asyik kena tinggal.. * jangan marah yer.. :)
Terima kasih sebab datang hari tuu... nanti senang-senang datang lerr lagi.. alia dah rindu kat awok tau... #selamat malam awok.. moga cepat sembuh.. kalau tak,nanti xleh ikot...... hhehehehhehe.bye!

Saturday 5 May 2012

xsampai berapa hari aje.....

Assalamualaikom.. lame tak updte.. :) petang yang free la kan. so.. ade la sikit nak tulis nie... 
Hari tuu kami pergi makan-makan. saje nak lepak-lepak. nie budak-budak kerja fy. Biarpon baru masuk kerja berapa hari je. xsampai pown seminggu. Tapi dah rapat macam ape da.. ^_^ 
5anak dara.. ha, boleh la pilih nak yang mana satu. :)
tengok.. 0.o~
aika pown ade.. hehhehe... 
dia kerja sekali kat tempat fy kerja.. 
(selalu costumer tanya kembar ker?? adik beradik ke?? )
hehehhe... apela...
ape yang sama pown tak tau.-.-"
xnak berenggang langsung yerk :)
biarpon cuti, tetap berkepit kehulur kehilir.. hohoho...



dah lepak-lepak jap kat jambatan. pastu kitorang gerak nak g makannnnnnnnnn........................ :)
zara, yad , wan
diorang nie akak-akak kepada fy dengan aika & rashid.. 
sebab kitorang paling muda. hoohohohoh
perkena otak-otak.. .nyumy!
si yad nie xabis-abis dengan gila dia.. hyper betol:)
zara..
comil kan:)



dorang kata sate kat sini sedap....
ape la cik abang-abang nie borak?
tunggu makanan sampai..
 rasanya, abis dulu air nie...
kailan ikan masin...
il dah lapar dah tu.. tersenyum-senyum bila makanan dia sampai...
nasi goreng ayam siapppp..!!!
si yad nie memang tengah lapar. dari mula datang lagi dah merungut lapar lapar.. 
tengok la tuu... kusyuk betol dia makan...
kacang peace
nampak tak mamat kat situ.. ha, masa kitorang tengah makan. mamat nie asyik pandang-pandang jer kat meja kitorang...dia usha aika.. hehehhe.. pastu, zara lah, ajak ramai-ramai pandang dia balik. ape dia buat pandang jer. sampai la dia naik segan & bla... kejam kan.:)  abang pown turut join. hehhehe.
*ok, cik zara, style la cara hang.. boleh la buat pas nie.. ^_^


 "gendang gendut tali kecapi.kenyang perut suka hati. ^___^"
ape lagi.. mau balik la kan..
sebelom balik mula nya nak baling kek kat wan. Tapi kesian plak kan.. (kek yang dah tamat tempoh ada dalam kereta.dah siap bawak. hoho. kalau kena... abis laaaa kau wan:)) minggu nie birthday dia,rancangnya nak sambut & kena kan dia citernya.. buat awal-awal.tapi kami nie xsampai hati . kang nangis. ha..! so, makan-makan jela.erm, esoknye pergilah kerja macam biasa.. sunyi lah kedai tu. lagi-lagi rasyid dengan yad xderr. selalunya  kedai tu jadi haru dengan dorang la... :'(
k, bye bye.