Friday 25 May 2012

guna jari pon bolehXD

Hai.. tak tidur lagi ker tuuuu? :) cam nie.. kita boleh ar geng. hehhehe. fy pown tak boleh tidur. kenapa eh? bukan time-time nie dah dibuai mimpi ker?? lallalalala...biasa la. kalau duduk rumah, ape je la nak buat sangat kalau berjaga malam-malam kan. nak kata ada suami, kawen pown blom lagi.. ops..! heeee.... kalau la dekat tempat belajar. haish, jangan kata kan nak tidur, tidur pon kena berkira-kira jugak. kalau terlebih tidur. rasa nak menangis je..bak kata * MASA ITU EMAS*.
ecece. nak kata rajin buat asigment la nie kan.
#padahal,buat kerja last minit. 


HAh.! disebab kan ada orang tu la kan kan. puji rambut kita lawa kan..
terima kasih la kepada orang tuuuu.... heeeeeee..
(eleh,senyum-senyum pulak, tahu la tengah baca kan. 
Nie blog kita tau, so sukahati kita la nak tulis apa XD )

fy nak kongsi kan serba sedikit tentang penjagaan rambut. Semua orang nak rambut dia cantik kan, tapi kalau cantik, rambut tak sihat. tak elok jugak. rambut nie kena sentiasa dijaga, di belai-belai..fy tak der la tahu sangat. tapi dari sumber yang fy baca,dari kawan-kawan,dan dari apa yang dibuat..:)

Cara yang paling senang untuk menjaga rambut:

*Gunakan jenis syampu yang sesuai untuk jenis rambut anda.
*Urut dengan lembut apabila mencuci rambut anda, jangan menggosoknya.
*Jagalah rambut anda dengan baik. Jangan mengeritingkan, menyah-warnakan, meniupkeringkan,    meluruskan atau mewarnakan rambut anda terlalu banyak.
*Jagalah rambut anda daripada terlalu banyak sinaran matahari atau air klorin.
*Makan dengan sihat, bersenam selalu dan jangan merokok atau minum alkohol.
*Jika anda mengalami masalah rambut, seperti keguguran rambut, pergilah berjumpa doktor untuk merawatinya.

Secara amnya, pertumbuhan rambut normal di antara 0.2 milimeter sehingga 0.3 milimeter sehari. Pertumbuhan rambut mengalami beberapa tahap iaitu tahap pertumbuhan, tahap rehat iaitu beberapa bulan dan keguguran mengambil masa 100 hari.
Waktu rambut kekal di kepala boleh mencapai dua setengah tahun manakala rambut gugur sebanyak 40 sehingga 100 helai sehari, tetapi ini dikira masih normal. Apabila keguguran melebihi 100 helai sehari, anda harus melakukan sesuatu pada rambut anda.

fy lebih suka guna pantene botol dia warna purple .
"untuk membantu memperbaiki rambut rosak". 
dua benda je fy guna. syampoo dengan conditioner. bila dah mandi, dah syampoo-syampoo.. hasilnya. haish, jangan kata la.. lembut nye.. pastu dengan wangi nye.. :D
cuba la....
hai pantene. aku promote kau nie.. xder bagi pape ker? heee

Bertudung Bukan Satu Alasan dan Bukan Halangan.

Yang menjadi masalah utama rambut mereka yang bertudung..



Berikut antara masalah utama rambut mereka yang sering terjadi pada wanita yang bertudung:
#Rambut Berbau
#Rambut Mudah Gugur
#Kulit Kepala Berminyak
#Hujung Rambut Berbuah
#Berkelimumur
okie, bagi yang bertudung plak kan. mesti leceh kan. kalau rambut tengah basah-basah. pastu dililit-lilit plak dengan tudung. pastu mula la, tergaru-garu. kepala ada kutu ke apa?? he. tu la. sapa suruh basah kan rambut kalau dah tahu nak keluar ke ape kan. selalu nya, orang akan menggunakan penggering rambut untuk cepat kan prosses pengerian. KORANG tahu tak, kalau asyik guna alat tu, rambut tu nanti akan lebih rosak.Akan kelihatan kering dan kusam. tak elok tau. kalau rasa nak basah kan rambut tu, nak bagi cepat kering. ambil sikat,ambil kain. sikat pelahan-lahan.lepas tu lap. :) sambil makan angin .
( duduk depan kipas lerr ape lagi ^__^)
sekali sekala, pergi la salon..:)
kalau yang malas sangat nak jaga rambut tu, senang je.. botak je terus.. save duit sikit. xyah beli syampoo. stail kan buat rambut camnie. cuba buat. gerenti ramai yang ikot. :)
bye bye. selamat malam. <3 <3

No comments: