Tuesday, 22 May 2012

yogurt.


Assalamualaikom.haiiii.hari nie fy nak kongsikan pasal khasiat yogurt. Nampak tak fy update pasal makan. memang! fy memang suka makan.. hiu3. kalau boleh setiap masa nak makan tau.TAPI risau plak jadi teletubbies encik M. :D  takmo takmo takmo.. hidup cuma sekali kan..?
so apa salah nya makan..muhaha! Tak ramai yang suka yogurt kan.. sebab yogurt nie seperti memakan susu masam. eee yek yek.. :) tapi bagi permulaan jer. Bila dah biasa makan, rasa masam itu akan menjadi sedap ouh. Cubalah amalkan yogurt setiap hari. sedap..! cuti sem nie fy asyik makan jer.. kat rumah kumpul lemak , kat kolej kumpul ilmu .kan? kan? Mwahaha!
Tidak ramai yang tahu bahawa badan manusia memerlukan bakteria untuk kesihatan saluran pencernaan. Ramai juga yang maklum dengan fakta ini dan kerana itu, mereka mengamalkan makan atau minum minuman yogurt yang terdapat bakteria baik untuk mengekalkan kesihatan. Yogurt dapat membantu memberi keseimbangan dalam kitaran usus manusia atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem imunisasi (ketahanan) badan.
Asas yogurt adalah susu dan amalan makan atau minum yogurt membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium. Kita nilai kebaikan yogurt kepada tubuh badan dengan fakta di bawah:
1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik ialah bakteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus dengan mengubah mikrofora pencernaan.  Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap infeksi H. pylori.
2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali langsing yakni bentuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.
3. Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.
4. Mencegah jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil  yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan pH serta pengurangan infeksi candida.
5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosisAntara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.
6. Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.
7. Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.
Dipetik dari: Sumber
fy sendiri pown dah suka makan yogurt.. hari-hari beli.. nyum-nyum.. sedap..
#teringat masa dengan yana. Dia selalu beli yogurt.kadang sampai dua tiga. fy tak teringin pown masa tu.. sebab xsedap.. masam..ngeeee~ geli tekak rasanya nak makan.. tapi entah cane. suka pulak...Hari tu la.. saje nak cuba-cuba makan lagi.. pastu dah selalu pulak membeli nye XD kalau pergi mana-mana. mesti nak beli.. 
suka sangat yogurt Liteyo. perasa stwberi <3 <3 lalalallalala~
kat dalam dia ada buah 
ada macam-macam perisa:)
 air dia pown best.. sedap.. tapi agak manis.. 
kena tambah air sikit.. xsuka manis-manis sangat...
hai kalau lah kau murah, aku rasa, aku selalu je pergi makan kau tau! XD
bye~


No comments: