Wednesday, 9 May 2012

lesen oo lesen..

Pagi yang indah.. hari nie cuti. ingat nak tidur puas-puas. tapi apa kan daya.. kena bangun awal jugak.. T.T
ayah ajak g hidup kan lesen .lesen pon mati eh?:P
pagi-pagi plak tu kena pergi..sebab ayah nak pergi kerja plak pasnie.. xsampai 5minit pon buat nya.. ape tak nye.. dah datang awal kan. rasanya, orang pertama kot. hua hua hua.....eh, x. x,kawan ayah orang first dulu kena panggil.. pastu baru lah ..1018.. :)
tumpang lalu~ 
:)

^_^ha,Lesen memandu nie kan merupakan dokumen rasmi yang memberi kebenaran kepada seseorang individu untuk mengendalikan sesebuah kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori atau bas. Peraturan pelesenan pemandu adalah berbeza mengikut negara; ada negara yang mewajibkan pemandu untuk lulus ujian memandu sebelum lesen dikeluarkan manakala ada juga negara yang memerlukan pemandu mendapatkan lesen sebelum mula memandu. Terdapat beberapa kelas lesen memandu yang berbeza mengikut jenis kenderaan. Tahap kesukaran ujian memandu juga adalah berbeza mengikut tahap penguatkuasaan serta beberapa faktor lain seperti umur serta keperluan tahap dan tempoh latihan.

INFO: Bermulanya dari 21 November 2011, orang ramai boleh memperbaharui lesen memandu mereka mengikut tarikh lahir. Dengan itu, tarikh tamat tempoh lesen memandu seseorang itu akan sama dengan tarikh lahir masing-masing. Ini akan memudahkan pemandu untuk memperbaharui lesen memandu mereka.

Kelas
Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-
A - Kenderaan orang cacat
B - Motosikal melebihi 500 cc
B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
C - Motosikal roda tiga
D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg
E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg

dan sekarang fy hanya ada:B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc   -.-"
hai, bila la aku nak amik lesen kereta plak nie... ?? 

#ayah bising betol bawak motor xder lesen. hari tu asyik kena bebel je.. :P
rilex la bah.. hheheheh
p/s : yang setia dok singgah blog ni, kamsahamnida (Thanks) !

No comments: