Friday, 10 February 2012

Teman Tapi Mesra...atototo..XD

1. Just for fun tapi ikhlas dari hati
Dah nama pun teman tapi mesra, jangan pulak nak amek serius dengan semua tingkah laku si dia. Kadang-kadang sifat caring si dia tu boleh membuatkan kita jatuh cinta. Tapi selagi si dia tidak melakukan langkah seterusnya, jangan meletakkan apa-apa harapan. 
2. Bersiap-sedia dengan gosip
Dah standard zaman sekarang, pantang nampak rapat mesti nak gosip. Pernah jew terjadi. Jangan pulak sebab gosip tu, ia akan merosakkan persahabatan kite. believe that!
3. Tidak boleh cemburu
Teman tapi mesra kan? Bukannya pasangan kekasih. Si dia dan kita sendiri ada hak untuk berkawan dan keluar dengan sesiapa pun. Tidak boleh sama sekali untuk rasa cemburu kepada si dia, kerana dia bukan kekasih kita, tetapi teman setia. ingat tuh..=D
4. Mencari pasangan
Walaupun sudah berteman, jangan pulak lupa untuk mencari pasangan lain. Jangan biar orang menyangka itu buah hati kita. Cukup sekadar teman tapi mesra.
5. Happy being single
Kalau kita memutuskan untuk tidak mahu berpasangan, haruslah seronok hidup single. Sebabnya takut kita mengharap yang amat sangat pada teman kita itu. Sebabnya dia sentiasa di sisi kita di kala susah atau senang, yang sedia mendengar cerita kita. Jangan pula terjatuh dalam jerat yang kita sendiri bina, takut merana. tips penting neyh!
6. Berhenti Berharap
Point paling penting. Jangan terlalu berharap. Ceh, padahal semua point pun cakap benda yang sama. Bukan apa, nanti kita jugak yang merana. Walau kita berusaha sekuat mane pun, kalau bukan jodoh, tak akan dapat. Macam tu jugak sebaliknya, kalau jodoh tak perlu dikejar, ia datang sendiri. Tetapi perlu mencari. ♥ (perigi ta patut cari timba) bhahahaha
7. Hindari Janji Palsu
Janji bererti memberikan harapan. Oleh itu, hindarilah dari berjanji kalau kita tahu itu tak mungkin terjadi. aku janji apew ekw dengan dia? janji tana tinggal dia. so, harap aku dapat patuhi janji tu. =)
8. Neutral
Buat seperti biasa. Nama pun teman rapat, bukan kekasih. tapi orang selalu kata"kawan kew kalau mesra macam tuh?" agaknya aku niey sweet sangat kowt. sebab tu mesra. hihi
9. Berhenti Bila Tiba Masanya
Apabila perasaan kita sudah tidak "normal" lagi, berterus-terang lah pada si dia dan bertanyakan perasaannya. Jika ternyata si dia biasa-biasa sahaja, mungkin itu menunjukkan teman tapi mesra mesti diakhiri. Kalau keduanya masih boleh mengawal keadaan, tidak salah untuk meneruskannya. Sama halnya kalau kita atau dia sudah beristeri atau bersuami, tak perlu lagi ada teman rapat. Kita juga tak mahu kalau pasangan kita punya teman seperti itu kan? hok niey paling penting. control diri tuh penting. kan kan? jangan orang tuh dah kahwin pun kita still na berkepit. =) 
senyumm.....


No comments: