Monday, 9 April 2012

Ape yg akan terjadi jika seorang wanita melafazkan perkataan ini kepada anda, KAUM ADAM...???..


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak…
Terima kasih kerana telah memilihku antara ribuan bidadari di luar sana yang mungkin jauh
lebih baik dan solehah berbanding diriku.. Ketahuilah dirimu, sesungguhnya aku hanyalah
wanita biasa yang jauh daripada kesempurnaan..kerana kesempurnaan itu hanyalah milik DIA..                                           
Ketahuilah dirimu..
Bahawa aku mungkin tidak sebijak Aisyah Humaira’.. Aku mungkin berbuat salah dan
adakalanya mungkin akan menyebalkan..Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapi diriku..nasihatilah aku dengan hikmah wahai bakal zaujku.. Ingatlah, aku takkan selamanya
dan selalunya akan kelihatanncantik di matamu..mugkin ada kalanya aku akan kelihatan kusam dan hodoh..mungkin kerana akuterlalu sibuk di dapur..menyediakan hidangan buat dirimu dan
mujahid-mujahid cilik kita nanti..
insya ALLAH..                                                
Maka aku mungkin tampak kotor dan berbau asap..Atau mungkin kerana aku harus mengemas
istana kecil kita, agar kau dan mujahid-mujahid kita dapat tinggal dalam keadaan yang kemas dan menenangkan..Maka mungkin aku tidak sempat berdandan secantiknya untuk menyambutmu pulang kepenatan dari bekerja…maafkan aku wahai zaujku… Atau mungkin kau akan melihat diriku terlelap
saat mendengar keluhan dan ceritamu..bukan kerana aku tidak mahu mendengar celotehmu lagi..tetapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak..aku harus menjaga mujahid kecil kita yang terjaga sepanjang malam..dan kerana aku tahu dirimu yang kepenatan bekerja mencari rezeki untuk kami
sepanjang hari, maka tidak sedikit aku mengusik lelapmu…dan esok pagi, andai kau melihatku begitu kepenatan dengan lingkaran gelap di mataku, tetaplah tersenyum padaku.. kerana kau kekuatanku
wahai suamiku..                                             
Kepadamu yang bakal menjadi nakhoda sepanjang hidupku..
Aku mungkin tidak dapat menjadi setabah Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku menangis
dan marah yang tak tertahan.. kerana aku hanya wanita biasa. .ada masanya aku memerlukan tempat
untuk melepaskan rasa hatiku..melepaskan kepenatanku… dan yang aku perlukan saat itu hanyalah
pelukan dan belaianmu.. kerana kau ibarat titisan embun yang boleh memadamkan segala resahku…

Mungkin ada kalanya aku akan mencubit dan memukul perlahan si kecil kerana lelah dan penatku
ditambah rengekannya yang tak pernah habis.. Sungguh, tidak pernah terlintas untuk aku menyakiti mereka..bukankah mereka “our beloved little mujahid”? Hanya terkadang aku mungkin kehabisan cara untuk menenangkannya.. Maka aku minta janganlah kau membentakku saat itu kerana telah menyakiti
buah hati kita… cukup dengan kau usap kepala memujukku… kerana dengan itu aku tahu kau
menghargai semua yang telah aku lakukan untuk kalian.. maka, saat itu kau akan menemuiku menangis menyesali perlakuanku menyakiti mujahid-mujahid kecil kita.. dan aku akan merasakan ribuan kali
sakitnya dari apa yang telah aku perlakukan kepada mereka..maafkan aku wahai suamiku..                                                
Kepadamu yang bakal menjadi imamku sepanjang hidupku..
Ketahuilah aku mungkin tidak sekuat Rabiatul Adawiyah.. Maka jangan pernah jemu
membangunkanku di sepertiga malam untuk bermunajat bersamamu kepada Yang Maha Pengasih..
Jangan letih mengingatkan aku mendulang amalan-amalan sunnah.. Jangan pernah bosan mengajari
aku.. membimbing aku ke arah-Nya… Bukankah kita telah berjanji untuk menjadikan pernikahan
ini sebagai medium yang menguatkan lagi cinta kita kepadaNya..                                                
Kepadamu kekasih hatiku duniaku akhiratku..
Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambut yang dulunya cantik mengurai dan lebat
menghitam, mula menipis dan memutih.. Kulitku yang halus menegang kian kendur lalu tangan yang
dahulu halus menjadi kasar.. Aku bukan lagi wanita yang telah kau khitbah dahulu, janganlah kau
berpaling dariku wahai kekasih hatiku.. kerana satu yang tidak akan pernah berubah hingga ke akhir nafasku… cintaku buat dirimu kerana Allah… semoga aku tetap menjadi bidadarimu lagi di syurgaNya nanti.. Sesungguhnya.. tiap hari yang berlalu…setiap jam..minit..dan detik yang berlalu..telah aku lewati dengan selalu mencintaimu.. kerana kau PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL..
Maka, cintailah aku dengan apa adanya pada diriku ini.. Jangan kau anggap aku wanita sempurna.
Maafkan aku kerana aku wanita biasa..

No comments: