Tuesday, 24 April 2012

moga kau berbahgia ke anak cucu.........


Assalamualaikom, pagi yang indah.. senyuman mekar di bibir.. :) tapi mengntok la pulak.. :P
2 hari lepas,Michi dah diambil oleh ibu.. sob sob sob...suka la Michi dapat jumpa kekasih hati nye tuuu si Mochi... xpela, kita redha... semoga awok bahagia ke anak cucu.. bagi kita cucu cicit banyak-banyak taw.....^_______^ ... korang cepat-cepat la buat anak.. hik hik...
Abah dengan mak suruh bagi kat ibu... bagi ibu bela.. sebab kesian dia sekor-sekor je kat rumah..fy xsempat nak jaga sebab kerja.. pastu dengan malasnye kan.. :P. heee... kesian faiz dengan Alia.. sedih ye deq....?? xpe, nanti kita bela kucing pulak yer.... Alia suka sangat main dengan michi.. hari-hari di bawak nye ke hulur ke hilir...sampai michi jadi manja terus...

#jaga diri baik-baik ye Michi.. mochi buli, bagitahu! imy
go min nam(your beautiful)
 :) dengan rabbit piq dia.. comil kann

Sunday, 22 April 2012

belajar buat roti

Assalamualaikom.. senyuman di pagi hari.. :) arini kerja petang..so, pagi boleh berehat jap:)
sempat la nak update blog kejap kan. dari hari tuuu lagi nak update. tapi xder mase.. bila dah bukak internt, line slow plak.. -.- wuuuu... member tempat kerja sangat best kali nie.. hehehe.. yang best.tempat kerja punchcad rosak plak kan... hiu3.. ape lagi.. masuk lambat , tutup awal.. XD.. rehat patutnye sejam je bantai rehat tidur sampai 2 jam.ngeee. kali nie,pekerja-pekerja yang jaga depan rajin lah............
suka masuk belakang tolong buat roti. :) 
"hai bang, makin lama, makin senang la kerja abg yerk??" suka la tuuuuu
 seronok main lenyek-lenyek,uli-uli, gelintir-gelintir  tepung.. lembut jerr..
 toink,toink.. ^____^
belajar buat roti belajar buat pizza.
sebelom kena bakar.. ginilah  :)
"sian kau kan dari putih jadi hitam"
hasilnya.....
terliur tak?
buat pizza nie main campak je bahan-bahan dia.. 
bila dah siap tu..
tengoklaaaa, hasil dia....

#perasan tak,benda yang paling banyak kita jumpa dalam setiap roti kat kedai roti adalah hotdog. kan ?
so,bagi yang nak diet tu.. beringat lah.. biar pon roti pon.. penggunaan yis kat dalam bahan roti tu.. dah boleh dah membuat kan anda gemok.. inikan ditambah pula dengan hotdog,mayonis,keju,dll..
#hey,tangan fy jadi lembut kot asyik main uli-uli tepung. :)
ok lah. bye byee~

Tuesday, 17 April 2012

tamat sudah cutiku

Selama 3 minggu tanpa buat apa-apa, yeah! esok dah boleh masuk kerja...
terima kasih Abg oungko. Malas nak kerja kat tempat lain. 
fy sambung kerja kat tempat lama jer.. nyum nyum, boleh makan kek, pizza free.. hehhehe.... 
#gemok lagi aku pas nie-.-

Thursday, 12 April 2012

biskut almond london...

Assalamualaikom, hai hai.. Harini terajin sedikit. fy buat almond london untuk adeq liya. dia suka sangat makan biskut almond london nie.selalu nya, kalau ada masa. fy memang selalu buat kat dia..
untung x kau ada kakak macam nie?? :P hohohohoh
tadi masa tengah buat, dia tengok camtu-camtu jer.... Bila dah salut choclate.. ha, baru sebok...
menempek je kat sebelah.. heh...! "eleh, nak lettuw... :)  
#belom sejuk lagi dah 5biji dah masuk kat mulut dia.. haish...xmenyempat2..-.-
Buatnya xbanyak.sebab tengah-tengah buat adek-adek dah masuk ke mulut...ape je tinggal?? grrrrrr......
dah siap2. ayah suruh bagi sikit kat jiran . terima lah~
sedap tak sedap jangan komplen yekk... ^_<




 resepi:
250gm butter
100gm gajus dikisar (dibakar dahulu)
225gm tepung Hong Kong + 70gm tepung jagung+225gm tepung gandum
70gm gula halus
50gm tepung beras
gajus secukupnya

cara membuatnya:
1-Butter dipukul bersama gula
2-Apabila kembang masukkan gajus dikisar & tepung beras dikacau rata.
3-masukkan tepung hong kong di gaul rata.
4-bulat-bulatkan dan masukkan gajus
5-bakar. sejukkan dan salutkan dengan coklat dan masukkan kedalam pper cup dan tabur coklat keatasnya..
SIAP!! :)

#simplekan.boleh jugak gantikan gajus tu dengan buah chrismis..
then choclate tu dengan choclate cadbury. nyumy! hee...


p/s: choclate xpayah letak banyak2 sebab cepat muak loL.. !!

hey.. tengok nie.....0.o~


co cocommmmilnnyyynya...!! 
<3 <3 <3
#kalau buat macam nie, sayang nak makan ouh ^_________^
bye~

Tuesday, 10 April 2012

idea oo idea.

assalamualaikom. selamat petang. woaahhhhh.. fy xproceed lagi inspiration. ape yang best nie? fashion inovation?tema kali nie, fashion extrinsic....hurmmm..... babanyonya ? .minangkabau dah okie dah. lect bagi. tapi tapi. alamak...xder idea la ...! ai cano nieh.. pejam celik pejam celik, seminggu dah buang masa macam tuu jer...ermmm.... research2 fy jumpa nie.. hehehheh... stail kan..~

penyapu di hujung kaki. :P
sesuai sangat kalau yang merokok tuu bagi bendaalah nie...
^__________^
nie sesuai kat pompuan yang cerewet. xnak kasut dia basah kan. 
ha,boleh la pakai kasut macam nie...:)

#sebenarnya. nie semua xleh pakai pown.xder kena mengena. kalau ada orang buat macam nie.. -.-" 
ada ke yang nak pakai.?kan....? 
contoh rekaan terhasil,dan bagaimana inspirasi diambil dari ikan,burung, terutamanya jenis yang 
berwarna-warni dari kawasan tropika.:)





Innovation Matters!

Bonjour! fy nak tunjukan sedikit gambar from a genius designer namely Hussein Chalayan MBE 
(given name Hüseyin Çağlayan) (born 1970) is a British/Turkish Cypriot fashion designer who graduated from Central Saint Martins in 1993. He is to me and many others a true inspiration sorce. 
Now pick one of hes transformation pieces, good luck it´s very hard to choose. Enjoy:)






cantik kan.. !! wah....banyaknyer idea dia..
#research2 sempat update blog kejap kan:) sambung buat kerja balik lah.bye~

Monday, 9 April 2012

Ape yg akan terjadi jika seorang wanita melafazkan perkataan ini kepada anda, KAUM ADAM...???..


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak…
Terima kasih kerana telah memilihku antara ribuan bidadari di luar sana yang mungkin jauh
lebih baik dan solehah berbanding diriku.. Ketahuilah dirimu, sesungguhnya aku hanyalah
wanita biasa yang jauh daripada kesempurnaan..kerana kesempurnaan itu hanyalah milik DIA..                                           
Ketahuilah dirimu..
Bahawa aku mungkin tidak sebijak Aisyah Humaira’.. Aku mungkin berbuat salah dan
adakalanya mungkin akan menyebalkan..Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapi diriku..nasihatilah aku dengan hikmah wahai bakal zaujku.. Ingatlah, aku takkan selamanya
dan selalunya akan kelihatanncantik di matamu..mugkin ada kalanya aku akan kelihatan kusam dan hodoh..mungkin kerana akuterlalu sibuk di dapur..menyediakan hidangan buat dirimu dan
mujahid-mujahid cilik kita nanti..
insya ALLAH..                                                
Maka aku mungkin tampak kotor dan berbau asap..Atau mungkin kerana aku harus mengemas
istana kecil kita, agar kau dan mujahid-mujahid kita dapat tinggal dalam keadaan yang kemas dan menenangkan..Maka mungkin aku tidak sempat berdandan secantiknya untuk menyambutmu pulang kepenatan dari bekerja…maafkan aku wahai zaujku… Atau mungkin kau akan melihat diriku terlelap
saat mendengar keluhan dan ceritamu..bukan kerana aku tidak mahu mendengar celotehmu lagi..tetapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak..aku harus menjaga mujahid kecil kita yang terjaga sepanjang malam..dan kerana aku tahu dirimu yang kepenatan bekerja mencari rezeki untuk kami
sepanjang hari, maka tidak sedikit aku mengusik lelapmu…dan esok pagi, andai kau melihatku begitu kepenatan dengan lingkaran gelap di mataku, tetaplah tersenyum padaku.. kerana kau kekuatanku
wahai suamiku..                                             
Kepadamu yang bakal menjadi nakhoda sepanjang hidupku..
Aku mungkin tidak dapat menjadi setabah Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku menangis
dan marah yang tak tertahan.. kerana aku hanya wanita biasa. .ada masanya aku memerlukan tempat
untuk melepaskan rasa hatiku..melepaskan kepenatanku… dan yang aku perlukan saat itu hanyalah
pelukan dan belaianmu.. kerana kau ibarat titisan embun yang boleh memadamkan segala resahku…

Mungkin ada kalanya aku akan mencubit dan memukul perlahan si kecil kerana lelah dan penatku
ditambah rengekannya yang tak pernah habis.. Sungguh, tidak pernah terlintas untuk aku menyakiti mereka..bukankah mereka “our beloved little mujahid”? Hanya terkadang aku mungkin kehabisan cara untuk menenangkannya.. Maka aku minta janganlah kau membentakku saat itu kerana telah menyakiti
buah hati kita… cukup dengan kau usap kepala memujukku… kerana dengan itu aku tahu kau
menghargai semua yang telah aku lakukan untuk kalian.. maka, saat itu kau akan menemuiku menangis menyesali perlakuanku menyakiti mujahid-mujahid kecil kita.. dan aku akan merasakan ribuan kali
sakitnya dari apa yang telah aku perlakukan kepada mereka..maafkan aku wahai suamiku..                                                
Kepadamu yang bakal menjadi imamku sepanjang hidupku..
Ketahuilah aku mungkin tidak sekuat Rabiatul Adawiyah.. Maka jangan pernah jemu
membangunkanku di sepertiga malam untuk bermunajat bersamamu kepada Yang Maha Pengasih..
Jangan letih mengingatkan aku mendulang amalan-amalan sunnah.. Jangan pernah bosan mengajari
aku.. membimbing aku ke arah-Nya… Bukankah kita telah berjanji untuk menjadikan pernikahan
ini sebagai medium yang menguatkan lagi cinta kita kepadaNya..                                                
Kepadamu kekasih hatiku duniaku akhiratku..
Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambut yang dulunya cantik mengurai dan lebat
menghitam, mula menipis dan memutih.. Kulitku yang halus menegang kian kendur lalu tangan yang
dahulu halus menjadi kasar.. Aku bukan lagi wanita yang telah kau khitbah dahulu, janganlah kau
berpaling dariku wahai kekasih hatiku.. kerana satu yang tidak akan pernah berubah hingga ke akhir nafasku… cintaku buat dirimu kerana Allah… semoga aku tetap menjadi bidadarimu lagi di syurgaNya nanti.. Sesungguhnya.. tiap hari yang berlalu…setiap jam..minit..dan detik yang berlalu..telah aku lewati dengan selalu mencintaimu.. kerana kau PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL..
Maka, cintailah aku dengan apa adanya pada diriku ini.. Jangan kau anggap aku wanita sempurna.
Maafkan aku kerana aku wanita biasa..

fakta tentang ibu anda !


ramai orang cakap masakan ibu sendiri adalah yang paling sedap , pendek kata memang tak boleh lawan la dengan ibu orang lain. sedangkan mungkin bagi orang lain masakan itu biasa-biasa sahaja :D
tapi tahu tak kenapa anda sentiasa rasa masakan ibu anda yg paling sedap?? sebab.. apabila seorang wanita itu memasak , dia memasak dengan sepenuh hati.. umpama kasih sayangnya diadun bersama rempah masakan tersebut...

"kenapa sedap sangat ni mak masak?" sebab ada kasih sayang seorang ibu dalam masakan tersebut ...orang lain rasa tak sedap , sebab mereka tak dapat rasa kasih sayang itu ♥

#so,peringatan untuk diri sendiri sekali dan semua perempuan,kita kena la tahu memasak. sebab nanti kita akan jadi seorang ibu jugak kan satu hari nantiiiii....kalau xreti masak...
"kenapa mak xpandai masak?? ape nak jawab?? then..abis la.. laki pown lari.. hiu3...

Thursday, 5 April 2012

adeq liya

Assalamualaikum semua...(n_n) cuti 2 bulan tanpa sebarang kerja. (padahal ada dah assigment) -.-
disebab kan xder idea lagi. seminggu nie nak tolak tepi jap boleh??hiu3...ha, bila dah dok kat rumah. biasa la,kena la buat kerja rumahkan. xkan nak makan tidur plak kan. :) ewah, pemalas sangat tu. xnak ah membesarkan badan yang dah memang bosau nie.ngeee~
kerja fy petang-petang. kena bawak adiq fy 2 orang nie ke taman. okie la,ada jugak kerja kan. dari duduk rumah makan tidur jer...................
masa ayah amik aritu, tengok alia dah besar dah. rindu kot! 
sebab lama xbalik :')
bawak balik michi. kat rumah. ^^
bagusla dorang tak takot. hari-hari michi kena buli dengan dorang
.adeq faiz plak suka tarik-tarik telinga michi.  haha. 
sabar jela michi kan......
kesian kau..! ape boleh buattt....
dah pandai dia sekarang. suruh amik barang sikit,
#sakit perut la kakngah.
mintak tutup pintu.
angkat gelas.
ulang ayat yang sama je...-.-"
nakal-nakal dia la yang buat fy rindu tu. :')

nur alia amira
sayang awak la liya. <3 
peace yoo...
k,bye:)

Monday, 2 April 2012

diploma fashionshow senior

assalamualaikom. salam satu malaysia... :D
btw, sekarang dah ada kat rumah,, yeeehhhh... suka!! cuti lama kot. mybe dalam 2bulan..ngeee~ 
ape nak buat?? kerje??2up tidur??membesarkan badan??:P

diploma fashionshow.Yang berlangsung kat uitm perak pada 30hb.3.2012.
2 hari lepas... sangat meriah. biarpon kali nie buat dalam uitm jer kan..yang handle nie ,kami budak2 fashion part 4. (nous production). siap ada baju dan jaket lagi :)
fashionshow kali nie ada 2 sesi. sesi sebelah petang dan malam.
petang salikin sidex datang.
malam pula hatta dolmat.:)
antara lecturer fashion uitm perak..
antara design2 senior

baju kak syafiqah. cantik sangat.!
kat dalam sangkar tu kan ada burung hidup tau:)



gigih sangat designer nie. dia buat sampai 6 baju. 0.o



fy dengan il jadi flower girl :D
tahniah akak beb .! third
second
akak nad-first
pemberian dari hatta dolmat
masa tengok dorang time nie rasa xsabar plak nak abiskan sem.. cepatla cepat la...~

nak jugak kan bergambar^_^
yang nie over.. wuu .untung lerrrr:)



biarpown penat. terpaksa balik lambat biarpown dah abis paper awal. seronok sangat dapat jayakan fashionshow kali nie. gambar2 nie diambil dekat album bawee. sebab sebab,kami dah diberi tugasan masing-masing.dan kami dok kat belakang jer. wuuu~  fy dengan il dapat tengok kejap masa jadi pemberi bunga tu jer. 2 pown dah ujung-ujung. errrrmmmm,okie la kan dari xdapat tengok langsung. hik3..lepas settle,lecturer belanja kami suma makan sate dan 3 kek secret recepi. nyumy!! makan besar malam tuuu. XD yang sedih nyer ,malam tu.cik fara last dengan kami.Masa nak balik tu,dah siap2.cik lan pula bagitahu dia last sem.ramai yang berair mata kejap. ramai nye lecturer dah xder.T.T ..dalam pukul 2,3 pagi macam tu settle lah semuanya.. gerenti balik tu semua terus tumbang. ~

#semalam text dengan miss aini."maaf sebab terlupa nak hantar baju".
wuuu,xder rezeki baju masuk galeri.dah la dalam banyak2 design 3,4 je terpilih. gedik ayam xnak hantar awal-awal. so sekarang baju jadi simpanan jer kat dalam almari -.+